Abim prihatin masalah toleransi agama di Sri Lanka

June 18, 2014
editor

Masjid juga tidak terlepas menjadi sasaran. Insiden ini dikutuk hebat oleh komuniti Islam di Sri Lanka dan seluruh dunia kerana kerajaan Sri Lanka membiarkan kumpulan Bodu Bala Sena ini menganjurkan protes yang akhirnya memburuk menjadi pergaduhan antara agama.

Beberapa pemimpin Islam dalam kerajaan seperti Rauf Hakeem, menteri kehakiman mengancam untuk meletak jawatan sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap pencetus kekecohan.

Menurut saksi orang tempatan, polis tidak berbuat apa-apa dalam melindungi mangsa daripada serangan pengganas. Polis menembak gas pemedih mata dan mengumumkan darurat di beberapa kawasan sekitar 60km dari selatan ibu negara, Colombo, namun keganasan terus berlaku dalam beberapa jam.

Kini situasi kembali tenang namun darurat terus berjalan sebagai langkah berjaga-jaga. Kawasan kejadian juga adalah tempat peranginan popular namun belum ada laporan pelancong terjejas. Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa membuat kenyataan melarang sesiapa bertindak di luar undang-yundang dan mengarahkan polis membuat siasatan.

Serangan ini adalah ulangan insiden yang berlaku pada Januari lalu dan tahun lalu apabila masjid diserang. Insiden keganasan terhadap minoriti agama berlaku beberapa kali di Sri Lanka melibatkan orang Kristian, Islam dan Hindu. Orang Islam di Sri Lanka berjumlah 10% daripada populasi 20 juta rakyat.

Justeru, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) akan mengambil beberapa tindakan menyebarluaskan kefahaman mengenai persefahaman agama melalui program seminar dan perbincangan meja bulat antara agama yang akan dianjurkan oleh Grup Pemuda Antara Agama Abim (YIGA).

Selain itu, ABIM juga akan mengaturkan beberapa perjumpaan dengan pihak yang berkenaan seperti Kedutaan Sri Lanka di Malaysia dan pemimpin dan persatuan agama Buddha di Malaysia bagi menyatakan keprihatinan Abim berkaitan isu ini.

Abim juga berharap agar pihak yang berautoriti di Sri Lanka dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kecenderungan untuk menerima hakikat kepelbagaian agama ini dapat dikawal dan penduduk minoriti Sri Lanka yang pelbagai agama dapat merasakan mereka adalah sebahagian daripada warganegara tersebut. – 18 Jun, 2014.

 

* Penulis adalah setiausaha Biro Antarabangsa Abim.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

Sumber : Malaysia Insider

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR