ABIM Sarawak edar keperluan asas di Samarahan dan Kuching

February 21, 2022
editor@abim

12hb Februari 2022 (Sabtu): Alhamdulilah, sukarelawan ABIM Sarawak dan PERKEPIS melaksanakan misi agihan makanan kepada warga kurang upaya disekitar Kuching iaitu Wisma Satok, Electra House, India Street dan Masjid India Bandaraya Kuching.

Tujuan misi ini dijalankan adalah untuk menyampaikan sumbangan ramai dan meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik. Semoga dengan agihan ini dapat menjadikan sukarelawan sebagai insan yang pemurah dan memaknai erti syukur dalam kehidupan.


Terdahulu, pada 11hb Februari 2022 (Jumaat): Alhamdulillah, pimpinan ABIM Sarawak & PERKEPIS berkesempatan menyalurkan sumbangan orang ramai berbentuk keperluan asas, pakaian terpakai, susu kanak-kanak, sejadah dan makanan kucing kepada mangsa kebakaran di Kampung Tanjong Bako, Samarahan.

Pihak ABIM Sarawak mendapat informasi punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas dan kejadian berlaku pada jam 1:24 pagi, 8hb Februari lalu. Bersama-sama kita mendoakan 4 keluarga yang ditimpa musibah ini, dipermudahkan segala urusan.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR