ABIM Sokong Pendirian Tegas SGMM dan Pendidik - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Sokong Pendirian Tegas SGMM dan Pendidik

Tindakan dua Badan Bukan Kerajaan (BBK), Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) dan Persatuan GerakanKebangkitan Pendidik Malaysia (Pendidik), untukmengadakan rapat umum berkaitan isu PentaksiranBerasaskan Sekolah (PBS) disokong sepenuhnya. Ia merupakan satu pernyataan sikap yang tegas apabila melihatsektor pendidikan diurus dengan cuai dan tidak cermat.Perubahan demi perubahan yang drastik dalam pelaksanaanPBS menunjukkan wujud masalah yang serius.

 

Perhimpunan itu yang dikenali sebagai Himpunan 222 direncanakan pada 22 Febuari 2013 diadakan di MasjidBandar Baru Bangi selepas solat zohor. ABIM berpandangan isu PBS yang semakin mendapatperhatian pelbagai lapisan masyarakat merupakan tragedidalam sistem pendidikan negara. Satu perubahan besar yangdihasratkan demi kebaikan generasi masa hadapan dibuattanpa perancangan yang rapi dan bersungguh-sungguh.

ABIM mengakui perubahan yang perlu dilakukan dalamsistem pentaksiran di negara ini, tetapi ia hendaklah dilakukandengan penuh cermat dan berhati-hati.

ABIM juga menyeru agar seluruh penggerak pendidikan dan segenap lapisan masyarakat hadir sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan memartabatkan pendidikan negara. Ia juga sebagai satu penyataan amaran agar sistem pendidikan negara tidak diperlakukan sesuka hati.

AMIDI ABD MANAN, 
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)