ABIM & WADAH KELANTAN AJUR FORUM NAHDAH UMAT DI KOTA BHARU - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM & WADAH KELANTAN AJUR FORUM NAHDAH UMAT DI KOTA BHARU

ABIM & WADAH KELANTAN AJUR FORUM NAHDAH UMAT DI KOTA BHARU

24hb September 2022: Alhamdulillah, ABIM Kelantan bersama WADAH Kelantan telah menganjurkan Forum Nahdah Umat: Peranan NGO Dakwah Kelantan, bertempat di Kompleks Belia & Sukan Negeri Kelantan, Kota Bharu. Forum ini telah dikendalikan oleh Sdra. Mohd Syahiran Muhammad (Yang Dipertua ABIM Kelantan).

Forum ini mengupas dan membicarakan peranan organisasi Islam, memuhasabah pencapaian dakwah secara gerakan, melihat segi kesedaran amalan Ad-Deen secara syumul, pembangunan institusi dan perubahan sosio-budaya masyarakat, dan menilai cabaran yang dihadapi oleh gerakan Islam dalam pencapaian misi.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti