ABIM Wilayah Persekutuan Bakal Buka One Stop Centre Untuk Pengajian Al-Qur'an - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Wilayah Persekutuan Bakal Buka One Stop Centre Untuk Pengajian Al-Qur’an

3hb Januari 2019: Alhamdulillah, telah berlangsung semalam majlis serahan premis wakaf – Pusat Mengaji Al-Quran Haji Sulaiman kepada ABIM Wilayah Persekutuan. Turut diadakan, bacaan Yaasin dan doa selamat sempena majlis tersebut. Premis diwakafkan untuk dijadikan pusat mengaji dan pusat khidmat komuniti (one stop centre) di Apartment Seri Penara, Bandar Seri Permaisuri.

Majlis disempurnakan oleh Puan Hajah Maimon yang merupakan isteri kepada Allahyarham Tuan Haji Sulaiman. Menurut anak kepada Tuan Haji Sulaiman, ayahnya merupakan seorang guru yang mengaji di Johor, yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak, terutama dalam pengajian Al-Quran.

Justeru, ahli keluarga sepakat mahu menamakan projek kelas mengaji ini bersempena dengan nama ayahanda mereka. Semoga saham akhirat yang dituai ini diganjari selayaknya, in sya ALLAH.

ABIM Wilayah Persekutuan sangat berbesar hati dan akan berusaha sebaik mungkin memenuhi impian dan amanah dari Keluarga Allahyarham Tuan Haji Sulaiman yang ingin melihat Projek Pusat Mengaji Al-Quran Haji Sulaiman ini terlaksana sebaiknya, dan mendapat manfaat yang banyak buat semua penduduk di Seri Penara terutamanya. Sama-sama kita doakan semoga projek ini terlaksana dengan baik dan mendapat dokongan dari penduduk setempat.