AJL 30:- Apa Makna Di Sebalik Lagu Potret?

February 3, 2016
editor-media

Ramai yang memuji Akim & The Majistret kerana dinobatkan sebagai JUARA AJL30. Tidak dinafikan kehebatan vokal, nyanyian dan persembahannya. Tapi kemenangan lagu POTRET ini pastinya bermula dari seorang penulis lirik.

Afham Ahmad adalah penulis liriknya. Sahabat saya sejak darjah 1 di Sekolah Rendah Islam (SRI) ABIM Johor Bahru. Mengenali beliau sejak berusia 7 tahun dari kelunakan alunan suara vokalnya. Sehingga darjah 6 beliau menjadi vokalis utk kumpulan nasyid sekolah. Tak saya sangka, kini menjadi penulis lirik yang hebat. Apatah lagi beliau juga merupakan abang sulong kepada Akim Ahmad. 

Paling menyentuh hati saya pada artikel ini : Afham berkata lirik lagu “Potret” mengisahkan kerinduan pada seorang guru yang sudah lama meninggalkannya. “Saya dulu belajar di sekolah agama. Saya gambarkan kehilangan seorang ustaz saya dahulu. Dia antara murabbi yang sangat saya kagumi”.Pasti ramai yang mengatakan bahawa lagu ini menceritakan kerinduan kepada seorang kekasih. Tapi ternyata ia sebenarnya adalah KERINDUAN KEPADA SANG MURABBI. TAHNIAH kepada penulis lirik lagu POTRET! Tahniah kepada semua penulis.

Sumber dari akaun Facebook Luqmanul Hakim Al-Iskandarani

 

Ramai yang memuji Akim & The Majistret kerana dinobatkan sebagai JUARA AJL30. Tidak dinafikan kehebatan vokal, nyanyian…

Posted by Luqmanul Hakim Al-Iskandarani on Monday, 25 January 2016

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR