Aktivis Suami Isteri ABIM Ranau Lulus Cemerlang Dalam Pengajian - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Aktivis Suami Isteri ABIM Ranau Lulus Cemerlang Dalam Pengajian

Syabas dan tahniah kepada Sdra. Mohd Fazli Middie, Setiausaha ABIM Ranau dan Puan Raihanun Rustamin, Ketua HELWA ABIM Ranau yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan bergraduasi dalam Majlis Konvokesyen Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS) Kali Ke-13 pada 6 November 2017 lalu di Keningau. Semoga menjadi insan yang terpelajar bagi mengisi ruang dan pelusuk ketamadunan ummah supaya menjadi ummah terbaik yang dibanggakan. Semoga terus diberi kekuatan & kesihatan oleh Allah SWT serta terus komited dan istiqomah dalam meneruskan perjuangan dakwah di Sabah.