AYG Anjur Kelas Atas Talian (Online) Untuk Pelajar Semasa PKPP.

June 24, 2020
editor-media

 

11 Jun 2020 :- Kelas pengajaran atas talian hari ini dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 2 pula. Sedikit usaha kami untuk memastikan anak-anak ini tidak ketinggalan dalam dunia pelajaran dan pendidikan.

Untuk pengetahuan anda, pengajaran atas talian ini bukan kami lakukan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi sebagai persediaan adik-adik ini menghadapi pengajaran pembelajaran pada tahun hadapan. Rata-rata dikalangan mereka tiada kemudahan gajet atau fasiliti desktop mahupun perkhidmatan jalurlebar dalam keperluan belajar atas talian seperti kawan-kawan mereka yang lain.

Kami kumpulkan mereka di pusat ADAB Youth Garage – AYG di Kota Damansara, HICOM dan Kampung Changkat serta beberapa tempat lagi yang akan di buka.

Walau dengan SOP yang telah ditetapkan, adik-adik ini tetap ceria, gembira dan seronok dapat belajar dengan kaedah atas talian seperti ini.

Bagi merealisasikan inisiatif ini, AYG memulakan kempen Dana Pendidikan Rakyat (DPR). AYG mengajak anda untuk turut bersama kami.

Bantuan Terputus Bekalan (BTB) akan diteruskan sehingga mereka yang terkesan dapat berdiri di atas kaki sendiri dijangka selepas PKPB diakhiri.

Anda salurkan, kami sampaikan. Terus salurkan sumbangan anda melalui akaun Persatuan Adab Gemilang (RHB bank) 2124 57600 25793

Nyatakan tujuan sumbangan anda, samada untuk Bantuan Terputus Bekalan atau Dana Pendidikan Rakyat. Mereka perlukan sokongan anda.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR