Ayuh Sama-Sama Bela Nasib Umat Islam Rohingya!

June 1, 2015
editor-media

KUALA LUMPUR – Semua pihak harus memiliki kesedaran untuk membela nasib dan maruah etnik Rohingya yang semakin tertindas, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Amidi Abdul Manan. Tegasnya, semua pihak tanpa mengira bangsa, pangkat mahupun kedudukan harus menunjukkan kebersamaan dan kesungguhan dalam menangani penindasan dan kekejaman terhadap etnik berkenaan.

 

MediaABIM : ABIM Anjur Protes Senyap Dan Bantah Penindasan Ter…

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan, keengganan Myanmar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyat mereka merupakan punca masyarakat itu dihalau.”Jadi kita mendesak Myanmar terbuka untuk berbincang mengenai perkara ini, dan kita dengan jelas ingin memberikan isyarat kepada masyarakat antarabangsa bahawa kita sememangnya membenci dan ingin menghentikan satu nilai yang cukup buruk di sisi nilai kemanusiaan,” katanya.Selain itu, ABIM juga menggesa pelbagai pihak termasuk kerajaan dan negara-negara ASEAN supaya menggerakkan program kesedaran serta advokasi ke arah mengangkat semula maruah masyarakat Rohingya.Creadit : Astro Awani

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Sunday, May 31, 2015

“Kami menggesa pelbagai pihak; baik pihak kerajaan, badan-badan pemikir strategik, pelbagai pertubuhan masyarakat sivil, organisasi media serta rakyat negara ini untuk menggerakkan kesedaran ini. “Kita perlu mendukung semula kemuliaan serta maruah setiap manusia yang ditindas tanpa mengenal perbezaan warna kulit, agama dan lokaliti geografi individu tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, hari ini.

 

Sehubungan itu, pihaknya menganjurkan himpunan ‘Silent Protest For Rohingya: A Solidarity With Rohingya People’ bagi mewujudkan kesedaran dalam masyarakat terhadap nasib masyarakat ini. “Perhimpunan yang diadakan secara aman ini adalah lambang solidariti kemanusiaan rakyat negara ini bersama masyarakat Rohingya yang dinafikan hak mereka menerusi pelbagai penindasan serta kekejaman.

“Kami juga ingin mengajak semua pihak supaya bersama-sama kami dan bantu kami untuk membantu mereka,” katanya lagi. Lebih 30 peserta himpunan hari ini mengambil tempat di hadapan Dataran Merdeka di sini berhimpun secara aman bagi menggesa kerajaan membanteras aktiviti pemerdagangan manusia yang berlaku di negara ini. Kumpulan peserta kemudiannya berarak menuju ke Kompleks Beli Belah Sogo bagi meneruskan himpunan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pengutipan derma orang awam untuk etnik berkenaan.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR