7hb Ogos 2018 (Selasa): “Selain bina otak, bangsa Melayu mesti bina watak,” demikianlah penegasan yang diberikan oleh Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim dalam Wacana Sinar ke-68 Malaysia Baharu: Di Mana Melayu?. Pasca PRU 14, pelbagai persepsi serta polemik timbul khususnya berkenaan Malaysia Baharu serta kedudukan orang Melayu.
Hal yang demikian, Sdr. Raimi tampil menekankan keperluan untuk bangsa Melayu membangun serta memajukan generasi hari ini dan akan datang – – dengan kekuatan amal, ilmu serta ekonomi. Hanya dengan menampilkan kemampuan menerusi usaha membangunkan nilai, disiplin serta akhlak, dapat meninggikan rasa hormat terhadap masyarakat Melayu.
Sementara itu, Sdr. Raimi juga menyentuh bagaimana generasi muda sangat terkesan dengan situasi ekonomi yang menghimpit; dan perlu ada usaha keras untuk mencari jalan keluar daripada permasalahan tersebut.
Wacana Sinar Siri 68 ini turut membariskan Timbalan Pengerusi, Biro Perhubungan Antarabangsa Armada Bersatu, Sdr. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta Exco Pemuda UMNO, Sdr. Azril Rizal Yusof Mohd Sarit. CEO MTEM, Yazid Othman pula tampil selaku moderator. Rakaman boleh ditonton di sini: