BKA Pahang Bantu Warga Emas Terjejas Banjir

January 22, 2018
editor-media

6 Jan 2018 – Misi Bantuan Banjir 2018 yang pertama digerakkan ke Perkampungan Sungai Isap Damai, Kuantan. Tumpuan bantuan mencuci dan mengemas rumah penduduk warga emas yang terjejas banjir baru-baru ini dan baru pulang ke rumah selepas berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara. Biro Kesihatan Abim (BKA) Pahang juga membuat pemeriksaan kesihatan di lokasi bantuan. Misi Bantuan digerakkan bersama-sama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Pahang, KRT Sungai Isap Damai, MRA Pahang dan Kelab PERKIM KUIPSAS. Terima kasih kepada para penyumbang. Misi ini lebih lancar dengan bantuan yang dihulurkan.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR