Bual Bicara Santai Bersama Sdra. Jufitri Joha di Labu, Negeri Sembilan

March 15, 2022
editor@abim

Bual Bicara Santai Bersama Sdra. Jufitri Joha di Labu, Negeri Sembilan

12hb Mac 2022: Alhamdulillah, telah berlangsung Kuliah Maghrib bertajuk “Jiwa dan Jatidiri Pemimpin Belia” dengan rujukan “Pakaian Dua Puluh Lima” seperti yang tercatat dalam Makalah Almarhum Pak Tenas Effendy bertajuk “Jatidiri Belia dalam Tamadun Melayu.”

Kuliah disampaikan oleh Sdra. Jufitri Bin Joha, mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan mantan Naib Presiden ABIM di Surau Kampung Batu 9, Labu, Negeri Sembilan.

Kemudian, turut diadakan bual bicara santai anjuran ABIM Negeri Sembilan di Labu bersama Sdra. Jufitri. Dilanjutkan lagi dengan diskusi isu semasa yang menyentuh pelbagai topik hangat pasca PRN Johor. Sambil tu merangka beberapa perancangan pembangunan belia di Negeri Sembilan.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR