DERMAGA Didik Remaja Jauhi Tingkah Laku Berisiko - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

DERMAGA Didik Remaja Jauhi Tingkah Laku Berisiko

24hb Oktober 2018: Alhamdulillah, Program Diriku Permata Berharga (Dermaga) telah digerakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Besut, Terengganu. Jumlah peserta seramai 70 orang melibatkan pelajar kelas akhir tingkatan satu, dua dan semua pelajar Tingkatan 3. 

Fakta tentang DERMAGA – Diriku Permata Berharga.

¤ DERMAGA diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif remaja.

¤ DERMAGA membantu memahamkan bahawa remaja juga punya tanggungjawab menjaga diri sendiri.

¤ DERMAGA datang dengan pakej ABSTINEN bagi membekalkan remaja dengan kaedah mengelakkan diri setelah mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mendekatkan diri pada risiko keselamatan diri.

¤ DERMAGA hadir menyantuni keperluan pendidikan dan pencegahan – ‘informal social control’ melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dengan anak-anak.

Sebarang butiran lanjut mengenai dermaga boleh dibuat dengan menghubungi emel (abim.dermaga@gmail.com) atau hubungi Sekretariat ABIM Pusat Di Talian: 03-4108 4500.