Dua Masjid Anjur Program "Fiqh Hubungan Antara Kaum" Di Kedah - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Dua Masjid Anjur Program “Fiqh Hubungan Antara Kaum” Di Kedah

Apakah prinsip Islam dalam menyantuni masyrakat majmuk? Bagaimanakah Islam menggalakkan perpaduan dan keharmonian? Pelbagai persoalan timbul setiapkali kita membicarakan berkenaan hubungan etnik dan Islam, khususnya di Malaysia. Justeru, ABIM Kedah membicarakan tajuk ini bersama ilmuan muda tanahair, Ustaz Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir (Panelis Tanyalah Ustaz TV9) dalam karya beliau “Fiqah Hubungan Etnik” di dua lokasi berikut: 1. Masjid Tuan Guru Haji Salleh, Kg Lubuk Kawah, Jitra, (Isnin, 16hb Oktober 2017); dan 2. Masjid Al-Hasanah, Taman Rakyat Mergong, Alor Setar (Selasa, 17hb Oktober 2017). Suatu inisiatif yang patut dipuji hasil usaha pihak pengurusan Masjid Al-Hasanah, Mergong, bagi memudahkan ibadah saudara OKU. Hal ini termasuk dharuriyat yang patut diutamakan oleh pihak masji, ketimbang tahsiniyat lain yang hanya sekadar mengindahkan masjid, namun gagal melihat keperluan jemaah masjid yang pelbagai, yang perlu disantuni mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!