Fasilitator Tunas Dermaga Johor Siap Berkhidmat! - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Fasilitator Tunas Dermaga Johor Siap Berkhidmat!

Hari ini, 25 Januari 2018 (Khamis) Team DERMAGA Johor telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Fasilitator di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Peserta dari kalangan pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, MARSAH. Mereka dilatih dengan ilmu-ilmu Kesihatan Reproduktif bagi peringkat kanak-kanak. Bagaimana cara untuk mengetahui statistik terkini, tahu bahagian badan yang tidak selamat untuk disentuh, tip 3M bagaimana hendak larikan diri jika ada orang nak buat perkara tidak baik pada diri kita dan juga kenali siapa individu-individu yang kita percaya untuk kita laporkan tentang perbuatan-perbuatan yang tidak baik orang pada diri mereka. Semoga kursus ini dapat membantu peserta mendapat ilmu-ilmu baru dan diberkati Allah.