Galeri Al-Hikmah Abadikan Legasi Dakwah ABIM Negeri Kedah - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Galeri Al-Hikmah Abadikan Legasi Dakwah ABIM Negeri Kedah

17hb Mac 2018 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah merasmikan Galeri Al-Hikmah, Kedah Darul Aman di Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Galeri ini menampilkan sejarah serta perkembangan gerakan ABIM serta sumbangannya, khususnya di negeri Kedah Darul Aman.