GPM-MLLFS Raikan Muhajirin Syria Sempena Aidil Adha

August 29, 2018
editor-media

Sejumlah 280 ekor kambing diagihkan kepada lebih 1200 buah keluarga Muhajirin pelarian Syria yang berada di dalam Syria dan Lubnan. Jumlah tersebut merupakan Qurban, aqiqah dan sedeqah Qurban yang diniatkan dan dikirimkan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat Syria yang sedang menghadapi kesukaran hidup akibat konflik dan perang yang melanda di Syria.

Misi Penyembelihan Agung yang dikendalikan oleh Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) ini merupakan projek khas di bawah Qurban For The Needy, bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia yang mengkhususkan kepada kebajikan dan pembangunan rakyat Syria dan dijalankan secara bersama wakil NGO tempatan di Turki dan Lubnan.

Penyembelihan daging Korban dibuat didalam Syria sebelum diagihkan di kawasan kem sekitar A’zaz Syria manakala korban di Turki melibatkan dua wilayah yang bersempadan dengan Syria-Turki iaitu Saniurfa, Kilis dan Gaziantep. Misi ke Turki dan Syria turut disertai Sdr Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM yang juga merupakan Presiden GPM dan Sdr Fahmi Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif GPM.

Di Lubnan, exco GPM, Maria Kamel melaporkan misi dilakukan bersama duta MLLFS Fara Fauzana yang dibawa melawati kem-kem pelarian di sekitar Arsal, di sempadan Lubnan-Syria. Daging qurban diagihkan ke kem Omm Quraa, Four Syabab dan Abrar, dan kesempatan yang ada meraikan mereka dalan jamuan makan tengahari.

Selain itu, penyembelihan dan agihan selain meraikan mereka dalam jamuan makan malam turut dilaksanakan di Kem Ketermaya, Usamah dan Mazboud. Agihan sumbangan turut membawa bersama sumbangan pek makanan asasi kepada keluarga Muhajirin Syria yang berkeperluan.

Sumbangan berterusan sebagai keprihatinan bersama kepada rakyat Syria boleh terus dimasukkan ke dalam akaun *Malaysia Life Line For Syria* di nombor akaun Malaysian Life Line For Syria *MBB: 5648 1051 3971* dan hubungi 03-4144 3441 atau emel malaysia4syria@gmail.com .

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR