Grass Latih Da’i Konservasi Alam Sekitar

July 12, 2018
editor-media

30 orang para da’i dan muallim dari seluruh Terengganu menghadiri latihan tahap pertama Da’i Konservasi yang dikendalikan oleh GRASS Malaysia dan Rimba dengan kerjasama Pejabat Agama Hulu Terengganu. Antara topik yang dibincangkan ialah kebijaksanaan persekitaran, ekosistem tanah air udara, gaya hidup lestari, bengkel edible garden dan biodiversiti, taman-taman syurga, sunnah-sunnah persekitaran dan alam dalam al-Quran. Da’i Konservasi adalah latihan bagi membina sarwa pandang yang benar dari segi zikir dan fikir kepada persekitaran, mengasah kebijaksanaan persekitaran (Environmental Wisdom) di kalangan masyarakat serta melatih dan membangun budaya serta amalan masyarakat yang lestari. Bagi yang berminat untuk latihan Da’i Konservasi atau lain-lain latihan alam sekitar boleh hubungi kami atau emel ke malaysiagrass@gmail.com

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR