Guadalete :- Meneroka Zaman, Melakar Sejarah, Menyelamat Umat, Membawa Rahmat!

June 3, 2017
editor-media

1 Jun 2017, Kuala Terengganu:- Tatkala ada anak muda yang memilih untuk menghabiskan waktu sementara berbuka puasa dengan tidur lena, para peserta Tamrin Rijal ABIM dan PKPIM dengan tangkas mengisi masa mereka dengan aktiviti penuh bermakna. Dengan tema “Guadalete: Illa Bit Taqwa”, program ini dijalankan pada 1 – 4hb Jun 2017 (Khamis - Ahad) di Mengabang Lekar, Kuala Terengganu. Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail (Naib Presiden ABIM) turut membuat pengisian, mengupas topik “Ibrah Pembukaan Andalus: Lembaran baru Sejarah Umat Islam”. Garapan istimewa dari lipatan sejarah pembinaan sebuah tamadun yang ulung. “Wahai tenteraku, tiada jalan lagi, dihadapanmu musuh, di belakangmu laut. Demi ALLAH, kalian tidak punya apa-apa yang akan memberi manfaat kepada kalian kecuali bersikap benar terhadap ALLAH SWT dan bersabar!" Meneroka zaman, Melakar sejarah, Menyelamat umat, Membawa rahmat! Program penuh signifikan ini adalah anjuran Biro Tarbiah, Pendidikan dan Latihan (TARPEL), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). . .

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR