Guru-Guru ABIM Taiping Diraikan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Guru-Guru ABIM Taiping Diraikan

17 Jun 2012 – Dr Zulkifli Hassan (Exco Syariah & Ekonomi Islam) telah meraikan guru-guru Taski serta Seri Al-Ummah ABIM Daerah Taiping sempena penganjuran Muktamar ABIM daerah tersebut pada 17 Jun yang lalu. Rangkaian Taski dan Seri Al-Ummah merupakan syiar utama dakwah serta pendidikan ABIM Daerah Taiping. Muktamar yang diadakan buat kali ke-39 ini merupakan sebahagian daripada siri-siri muktamar daerah yang sedang digerakkan di negeri Perak. Kemuncak kepada siri-siri muktamar ini ialah penganjuran Muktamar ABIM Negeri Perak selepas sambutan Aidilfitri kelak.