
12 November 2016:-Majlis Khatam Quran murid Tahun 6 SRI ABIM Unit Kajang 2016. Tahniah diucapkan kepada semua. Dalam ucapan perasmian, kita nyatakan bahawa khatam Quran bererti bermulanya saat untuk menaik taraf cara kita berkomunikasi dengan Quran. Mengkaji, dan bukan sekadar mengaji; Tafsir al Quran, itu yang lebih besar tanggungjawab sebagai menghargai mukjizat terbesar baginda Rasulullah saw. Begitulah cara kita jadikan Quran sebagai panduan hidup.
