Hari Kesedaran Penglihatan dan Tongkat Putih Sedunia - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Hari Kesedaran Penglihatan dan Tongkat Putih Sedunia

HARI TONGKAT PUTIH SEDUNIA & HARI PENGLIHATAN SEDUNIA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Tongkat Putih Sedunia 2021.

Setiap tahun pada 15hb Oktober, Hari Tongkat Putih Sedunia disambut dengan harapan dapat menyuntik serta meningkatkan kesedaran kepada orang awam supaya sentiasa bersikap prihatin terhadap OKU penglihatan termasuklah segala hak-hak mereka.

Sementara itu, pada hari Khamis kedua bulan Oktober setiap tahun, kita menyambut Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day).

Peringatan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepedulian terhadap kebutaan serta gangguan penglihatan yang menjadi salah satu masalah kesihatan masyarakat secara global.

Sayangi penglihatan anda!

#UpayaOKU