HELWA ABIM ANJUR BENGKEL KAUNSELING KELUARGA, DI PORT DICKSON

September 10, 2022
editor@abim

HELWA ABIM ANJUR BENGKEL KAUNSELING KELUARGA, DI PORT DICKSON

Alhamdulillah, pada 21-22hb Ogos dan 3-4hb September 2022, HELWA ABIM, Rahmah Support Team (RST) dan Sa’adah Counseling and Consultation Centre for Well-being, USIM telah menganjurkan Bengkel Kaunseling Keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel Kaunseling Keluarga adalah sebahagian daripada langkah HELWA ABIM dan RST melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bagi menangani isu-isu kekeluargaan yang semakin mencabar dan mencengkam masyarakat.

Keluarga sebagai sebuah institusi dan sistem asas dalam masyarakat seharusnya dipelihara dan diperteguh dengan nilai serta asas kekeluargaan yang sebenar. Jemput semua utk bersama menggerakkan masyarakat ke arah keluarga sejahtera.

Bengkel sebegini telah memberi banyak ilmu serta kesedaran kepada peserta berkenaan dengan peri pentingnya kaunseling keluarga seperti konsep asas dalam kaunseling keluarga, proses kaunseling keluarga, pendekatan bantu kaunseling kanak-kanak dan remaja dan sebagainya.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, penceramah dan penggerak bengkel.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR