
4 Mei 2026 – “Objektif utama dalam dakwah adalah untuk convey, bukan untuk convert. Pengislaman (convert) tidak boleh diambil mudah dan dijadikan sebagai data pencapaian dakwah, tetapi perlu diteliti kesediaan dan penerusan amalan selepasnya agar aqidah mualaf tersebut kekal terjaga”. Itu antara perkongsian panelis iltizam kali ini.
Iltizam Petugas Jamaah ABIM & Agensi kali ini menyoroti usaha dakwah Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, melalui pelbagai program dan jangkauan komuniti. Dengan tajuk ‘Dakwah Dengan Hikmah: Membina Jambatan Antara Agama dan Budaya’, 2 orang petugas IOAC; YM Raja Aman Shah Raja Sharuzaman; Penyelaras Sukarelawan Pelancongan Masjid, Masjid Putra, dan Sdr. Muhammad Iqbal Daswarman; Ketua Operasi IOA Centre, berkongsi pengalaman dalam dakwah dan pendekatan inovatif untuk memupuk pemahaman di kalangan kumpulan yang pelbagai sambil menangani cabaran dan sokongan untuk mualaf.

Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre merupakan agensi ABIM yang menumpukan kepada dakwah bil hal kepada bukan Islam melalui pelbagai program seperti pemandu pelancongan masjid serta pembangunan muallaf. Pendekatan IOAC secara asas tertumpu kepada tiga elemen teras iaitu pembangunan intelektual, ekonomi, dan budaya.

Moga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi dan ibrah buat semua. Ikuti perkongsian penuh di
