Imam Dari Australia Ikuti Latihan Intensif Dengan ABIM Negeri Sembilan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Imam Dari Australia Ikuti Latihan Intensif Dengan ABIM Negeri Sembilan

Kursus Intensif Imam: Bermula sejak 18 Julai 2017 sehingga 3 Ogos 2017, Abim Negeri Sembilan telah menyusun dan merangka serta mengendalikan kursus intensif dan latihan imam kepada Haji Rabihie (Pak Saleha) yang datang dari Katanning Australia. Beliau juga adalah merupakan anak jati Pulau Kokos Australia yang kini telah bermastautin di Katanning. Selama beliau berada di sini, beliau telah dilatih dan diberikan tunjuk ajar dari para Ustaz yang berpengalaman antaranya, Ustaz Khairil Anuar Wafa, Ustaz Shahrul Azman, Ustaz Shahril dan Ustaz Shamsul Azhar Yahya .Selain itu, beliau juga dibawa oleh Kamarul Arifin Wafa yang juga SU Abim Negeri Sembilan, mengikuti prosiding-prosiding tuntutan kes perceraian dan pasca perceraian di Mahkamah Syariah Sri Sendayan serta ke Mahkamah Majistret bagi mengikuti perbicaraan jenayah awam. Semoga latihan intensif ini dapat memberikan input berguna kepada beliau dan boleh digunakan ilmu pengetahuan dan pengalaman selama kursus ini bagi membantu masyarakat Muslim di katanning Australia kelak.