Intifadah Kali Ini Akan Membebaskan Masjid Al-Aqsa!:- Khalid Meshaal

December 11, 2015
editor-media

11 Disember 2015, Kuala Lumpur:- Kepimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang diketuai Presiden, telah mengadakan pertemuan dengan Khaled Mesh’al,  Ketua Biro Politik Pertubuhan HAMAS di Palestine. Pertemuan ini diadakan sempena dengan lawatan rasmi beliau ke Kuala Lumpur minggu ini.

Beliau memberitahu bahawa, Kebangkitan rakyat Palestin yang pertama (Intifadah pertama) pada tahun 1987 telah memperkukuhkan HAMAS di Wilayah Gaza, Palestin. Intifadah yang kedua pada tahun 2003 berjaya menghalau Ariel Sharon dan Israel dari wilayah Gaza, Palestin. Beliau menambah, Intifadah ketiga pada kali ini moga-moga berjaya menghalau keluar Israel dari bumi Palestin, dan intifadah keempat mungkin umat Islam seluruh dunia sudah boleh menziarahi Palestine dan masjid al-Aqsa.

Khalid Meshaal menghargai sokongan padu masyarakat, NGO Masyarakat Madani serta rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan ini turut menyumbang untuk mempengaruhi dasar kerajaan Malaysia yang lantang menyokong perjuangan Palestin di pentas antarabangsa. Kewibawaan Khalid Meshaal terserlah sebagai seorang yang terampil, budiman dan merendah diri. Hujahnya tegas, tajam dan sistematik-mendengar tutur bicaranya, umpama sedang membaca perenggan demi perenggan tulisannya. Sememangnya inilah sifat selayak-layaknya bagi pemimpin besar sepertinya, yang menempati posisi yang didahului oleh As-Syahidd Sheikh Ahmad Yasin dan As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR