Jurulatih DERMAGA Bersedia Di Sarawak

December 3, 2018
editor-media

TAHNIAH Abim Sarawak atas penganjuran TOT Diriku Permata Berharga (DERMAGA) peringkat Negeri Sarawak pada 1 – 2 Disember 2018. TOT kali ini mengumpul dan mempersiap hampir 20 jurulatih & fasilitator yang bersedia turun lapangan bagi proses pendidikan tidak formal dalam isu pendidikan reproduktif remaja khusus di Bumi Kenyalang.

ABIM menawarkan khidmat program pendidikan ini kepada mana-mana sekolah mahupun pusat tumpuan komuniti termasuklah masjid atau surau dalam zon Negeri yang besar hati untuk bersama dalam program pendidikan remaja masing-masing. Hubungi kami ya!

—————————————-

Fakta tentang DERMAGA – Diriku Permata Berharga.

¤ DERMAGA diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif remaja.

¤ DERMAGA membantu memahamkan bahawa remaja juga punya tanggungjawab menjaga diri sendiri.

¤ DERMAGA datang dengan pakej ABSTINEN bagi membekalkan remaja dengan kaedah mengelakkan diri setelah mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mendekatkan diri pada risiko keselamatan diri.

¤ DERMAGA hadir menyantuni keperluan pendidikan dan pencegahan – ‘informal social control’ melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dengan anak-anak.

¤ DERMAGA hadir dengan mempersiap kumpulan sokong- bantu dalam proses pemberdayaan peranan dan pengetahuan sesama ahli salam masyarakat.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo