
29.4. 2017, Sabtu, Ipoh:-Usai sudah Karnival Muslimah anjuran bersama Salwa Wadah, HELWA ABIM, Hewi KPIP dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) pada Sabtu, 29.4.17 yang berjalan sehari suntuk di Mydin Hypermarket Bandar Meru Raya . Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YABhg Datin Seri Diraja Saripah Zulkifli, isteri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak.
Antara acara yang telah dianjurkan ialah:- pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, Forum Santai Ilmu – Sekeluarga Tolak Pornografi , Nasyid cabutan bertuah, Diskusi Ilmu – My Supermom and I, Tutorial Shawl dan Hijab dari Butik Inspirasihana, Forum -Anakku dan Cintanya dan pemeriksaan kesihatan Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga partisipasi yang ikhlas bagi menjayakan karnival ini diganjari sebaik-baiknya oleh Allah Swt. Amin.
