Karya Dr Hisham Al-Talib Jadi Rujukan Ramai Para Dai’e

September 14, 2018
editor-media

Alhamdulillah, bertempat di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, telah dianjurkan Program Diskusi bersama Dr. Hisham Al Talib, Presiden IIIT. Bersama beliau, yang menetapkan dirinya dalam urusan membangun Umat sejak dari usia mudanya – dan pengalaman sepanjang usianya inilah membentuk beliau berperibadi rendah hati dan bekerja tidak lain kerana ALLAH. Kata beliau, “I did not aspire for important positions in religious groups or the mosque. I worked behind the scenes.” Buku-buku beliau banyak yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, antaranya “The Training Guide for Islamic Workers” dan diterjemahkan sebagai Panduan Latihan Petugas Islam (bahasa Melayu) – diguna pakai oleh ramai pendakwah dan petugas lapangan sejak dahulu. Buku “Parent-Child Relations” – diterjemah sebagai “Hubungan Ibu Bapa – Anak” (Bahasa Melayu) terbitan bersama ABIM dan telah diluncurkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah. Termasuklah buku “The Da’wah Covenant of Honor” dedikasi beliau dan kemuncak kepada perkongsian dan panduan yang relevan sepanjang zaman buat semua; pemimpin dan masyarakat.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR