21 Oktober 2018, Nilai: ABIM Negeri Kedah (ABIM Kedah) telah menjuarai pertandingan FUTSAL antara ABIM Negeri yang diadakan sempena “Sukan Perpaduan, Sukan Untuk Semua” bersempena Hari Sukan Negara dan Muktamar Sanawi Angkatan Belia Islam Malaysia kali ke-47. Antara acara sukan yang diadakan ialah bola sepak padang, futsal, bola jaring, bola tampar dan berbasikal. Semoga dengan penganjuran acara seperti ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim dan perpaduan antara rakyat Malaysia.