Kedutaan Myanmar Biadap! NGO-NGO Gesa Boikot Sukan SEA Di Myanmar!

November 29, 2013
editor

29 November 2013:- Naib Presiden ABIM, Mohamad Raimi Abd Rahim telah menghadiri sidang media dengan barisan NGO-NGO Islam yang diketuai Cikgu Azmi Abd Hamid mengutuk keganasan terhadap rohingya dan kebisuan kerajaan myanmar untuk mengekang puak ekstremis ke atas umat Islam di Rakhine, Myanmar. Delegasi tersebut telah menerima layanan tidak baik daripada pegawai kedutaan Myanmar apabila mereka enggan keluar untuk menyambut memorandum yang dikemukakan. “Penerimaan Memorandum paling tidak terhormat pernah dilakukan oleh mana-mana kedutaan asing di Malaysia,” jelas Mohamad Raimi kepada Media ABIM.

 

Kerajaan Malaysia digesa menyatakan pendirian tegas berhubung kekejaman, pembunuhan beramai-ramai dan penghinaan terhadap umat Islam yang berlaku di Myanmar. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang turut sama pada penyerahan memorandum di Kedutaan Myanmar juga meminta kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada Myanmar terutamanya dengan memboikot Sukan Sea yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 22 Disember di negara tersebut.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR