Kemenangan Bantah TPPA Adalah Untuk Rakyat! - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Kemenangan Bantah TPPA Adalah Untuk Rakyat!

16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan Putrajaya:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim mendedikasikan kejayaan gerakan bantah TPPA untuk kepentingan rakyat. Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena semakan kehakiman ke atas perlaksanaan TPPA di Mahkamah Persekutuan. Peguam Tuan Haji Hanif Khatri mewakili pihak ABIM-TERAS-UNGGAS telah memutuskan untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman yang difailkan ke atas Dato’ Seri Najib Tun Razak dan dua defendan kerana menilai TPPA tidak akan terlaksana akibat daripada keputusan Amerika Syarikat, menarik diri dari turut sama dalam perjanjian tersebut.