Kesihatan Mental :- Tingkatkan Kesedaran & Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat

January 23, 2019
editor-media

HELWA ABIM memandang serius status kesihatan mental terutama membabitkan golongan muda dan berisiko tinggi. Laporan Survey Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2017 menjelaskan bahawa kesihatan mental bukanlah isu wanita malah ia telah menjadi isu lelaki dan golongan remaja seawal Tingkatan 1.

Dari laporan tersebut, data yang signifikan menunjukkan:

1. Kemurungan adalah lebih kerap dalam kalangan lelaki

2. Stres dan kegelisahan adalah lebih kerap dalam kalangan wanita.

3. Pelajar Tingkatan Satu lebih kerap menghadapi kemurungan, kegelisahan dan stres.

4. Responden yang mempunyai ibu bapa yang berpisah lebih kerap menghadapi kemurungan, kegelisahan, dan stres.

5. Responden yang kesunyian, merokok, meminum arak, menghisap ganja, aktif dalam hubungan seksual, dibuli dan pernah didera secara fizikal paling kerap menghadapi kemurungan, kegelisahan, dan stres.

Statistik ini menunjukkan gaya hidup dan tahap kesihatan yang semakin membimbangkan dan HELWA ABIM menggesa seluruh rakyat Malaysia agar lebih prihatin dan membentuk sistem sokongan sosial yang lebih baik di rumah, sekolah dan persekitaran. Dengan ini HELWA ABIM mencadangkan agar:

1. Kempen dan program pendidikan kesedaran dalam kalangan remaja dan belia di Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap kemurungan, kegelisahan, dan stres perlu ditingkatkan.

2. Simptom kesunyian, merokok, meminum arak, menghisap ganja, aktiviti seks bebas, buli dan penderaan fizikal, mental dan emosi dalam kalangan remaja dan belia perlu diperhatikan jelas oleh ibu bapa, guru dan masyarakat serta dicari solusi dan sokongan sewajarnya.

3. Tindakan pantas perlu dilakukan oleh semua pihak berwajib berkaitan isu kesihatan mental memandangkan banyak kes buli dan penderaan yang akhirnya melibatkan kematian dan bunuh diri.

Nor Azura binti Kamarudin Sohami Naib Presiden ABIM (HELWA)

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR