Legenda Bola Sepak Borneo Pulang ke Rahmatullah

UCAPAN TAKZIAH
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – Bekas bintang bola sepak Sabah dan Sarawak, Almarhum Bobby Chua Abdullah pada 14hb Mac 2023.
Almarhum yang memeluk Islam pada 2014 dikebumikan di Tuaran selepas selesai urusan jenazah di Surau Al-Mustafa, V19, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).
Bobby yang berasal dari Inanam, menjadi pemain bola sepak pada 1994 dan bermain untuk pasukan Sabah FA sehingga 1998 sebelum berhijrah ke Sarawak FA.








Selama enam tahun bermain untuk Sarawak FA iaitu sehingga 2004, Bobby pernah diberi kepercayaan sebagai kapten pasukan dan menjadi antara pemain skuad Bujang Senang yang menyerlah ketika itu.
Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya.
Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.
InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.