Majlis Belia Daerah Hilir Perak Hulur Sumbangan Kepada Pasangan Muda Baru Berkahwin

February 21, 2022
editor@abim

Majlis Belia Daerah Hilir Perak Hulur Sumbangan Kepada Pasangan Muda Baru Berkahwin

11hb Februari 2022 (Jumaat): Alhamdulillah, telah berlangsung dengan cemerlang Majlis Ramah Mesra Majlis Belia Daerah Hilir Perak bersama badan-badan gabungan belia dan NGO. ABIM cawangan Teluk Intan berpartisipasi bersama dalam program anjuran MBD Hilir Perak ini.

Berlangsung di Restoran Warisan, Taman Melor, Sdra. Muhammad Puhaz Saleh, Presiden Majlis Belia Negeri Perak menyampaikan beberapa kotak bantuan makanan kepada pasangan muda yang baru berkahwin. Terima kasih kepada YB Dato Mohd Azhar Jamaluddin selaku ADUN Changkat Jong di atas sumbangan kotak makanan yang diberikan.

Tahniah kepada Timbalan Pengerusi MBD HiPER, Sdra. Mohd Ridzuan; Naib Pengerusi Sdra. Afifi Arif; Sdra. Hafiz Shaimi (Yang Dipertua ABIM Teluk Intan) dan kepimpinan MBD HiPER kerana telah melaksanakan majlis ini dengan jayanya.
Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran rombongan dari KBBT Nasional, Majlis Belia Negeri Sembilan dan beberapa lagi wakil badan gabungan belia dan NGO setempat.

Tahniah dan terima kasih! Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada anak muda.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR