MALAM HILIR PERAK BERSELAWAT BERSEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2022

September 5, 2022
editor@abim

MALAM HILIR PERAK BERSELAWAT BERSEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2022

19hb Ogos 2022 (Jumaat): Alhamdulillah, ABIM Cawangan Teluk Intan telah diberi kepercayaan untuk menguruskan acara pembukaan bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Hilir Perak 2022.

Acara dimulakan dengan solat isyak berjemaah dipimpin Ustaz Mohd Firdaus, Timbalan Yang Dipertua ABIM Teluk Intan. Acara turut demeriahkan dengan kehadiran YB Dato Hj Mohd Azhar Jamaluddin (ADUN Changkat Jong), ketua-ketua kampung, Muslimin dan Muslimat serta hadirin dan hadirat.

Sekalung apreasiasi buat penggerak bersama iaitu tim Guru Agama Dakwah Teluk Intan, JK MBD Hilir Perak dan sebagainya. Malam berselawat dimulakan dengan persembahan 5 buah lagu qasidah dari kumpulan Soutul Huffaz seterusnya penyampaian tausiah khas “Anak Muda Penerus Generasi Al Fatih” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ridzuan Hamizan dan bersambung pula dengan qasidah 5 lagu terakhir.

Program ini dianjurkan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hilir Perak serta ABIM Teluk Intan dengan kerjasama Guru Agama Dakwah Teluk Intan serta Dewan Belia Perak Dun Changkat Jong.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR