12 Oktober 2017, Klang , Selangor Darul Ehsan:- ABIM Selangor telah meluncurkan buku penerbitan pertama, bertajuk ‘Manifesto Sekolah Masa Hadapan’. Abim Selangor telah memulakan inisiatif pendidikan sebagai salah satu jaringan kepintaran dalam menggerakkan Sekolah Masa Hadapan.
Buku ini dilancarkan ketika perasmian Wacana Pendidikan : Manifesto Sekolah Masa Hadapan bersempena Muktamar Belia Islam Selangor Kali ke-45.Seminar yang dijalankan menampilkan kelainan yang unik, yang mana pembentangan menggunakan model TED Talk, berbanding cara biasa, termasuk slide show yang lebih banyak gambar visual dengan makna sebenar powerpoint.
Seminar yang dijalankan, kali pertama menggunakan panelis yang muda-belia sepenuhnya. Pelibatan seminar, dihadiri kumpulan pendidik akar umbi yang sangat luar biasa. Untuk tempahan buku ini boleh dibuat dengan klik pada pautan Manifesto Sekolah Masa Hadapan.