Mengenang Abu Ayub Al-Ansari: Dari Tapak Hidayah Madinah ke Permakaman di Qustantiniyah

January 31, 2022
editor@abim

Mengenang Abu Ayub Al-Ansari: Dari Tapak Hidayah Madinah ke Permakaman di Qustantiniyah

Beliau terkenal dengan gelaran sehingga nama asalnya kurang dikenali. Nama asalnya ialah Khalid bin Zaid bin Kulaib bin Tsa’labah bin Abd Auf bin Ghanam bin Al Najjar. Rumahnya menjadi tempat pertama nabi tinggal di Madinah sebelum dibina rumah dan masjid Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Beliau wafat pada tahun 52 hijrah ketika dalam misi untuk membebaskan Qustantiniyah (Constantinaple). Dengan usia yang sudah bergelar warga emas beliau menunjukan kesugguhan untuk merebut gelaran ’tentera terbaik’ seperti yang disebut oleh Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadithnya.

Abu Ayub Al-Ansari, sahabat nabi di mana Nabi menumpang bermalam di rumahnya ketika peristiwa hijrah di Madinah. Di terataknya lah unta tunggangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang kita kasihi berhenti, dan di sanalah Nabi berhijrah selama 7 bulan dari kota Makkah.

Abu Ayub kemudiannya mengikut tentera Muawiyah ingin menguasai Constantinaple namun syahid dalam perjalanannya. Dari tapak hidayah Madinah, beliau akhirnya dikebumikan jauh dari tanah asal semata mata kerana mengejar nilai jihad fisabillillah.

Selepas kejatuhan Constantinople di tangan angkatan Mehmed II pada Mei 1453, sebuah masjid dikenali sebagai Masjid Eyub Sultan dan makam dibina di atas kubur beliau.

Di Perkuburan Eyub Sultan, lebih 60 jasad nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang kenamaan Turki disemadikan. Di situ juga terletaknya pusara Almarhum Ahmad Ammar, anakanda kepada Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar, anak muda yang cukup memberikan inspirasi ramai, meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul pada November 2013. Kisah hidupnya menjadi fenomena selepas mendapat liputan pelbagai media sama ada di Nusantara mahupun di Turki sendiri.

Radiyallahu ‘anhum.

Sumber: Ustaz Rodzi Abu Bakar

#SebarkanSalam

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR