Menghayati Al-Qur'an Memahami Al-Kitab - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Menghayati Al-Qur’an Memahami Al-Kitab

Alhamdulillah, pada tanggal 25hb Januari 2014M bersamaan 24hb Rabiulawal 1435H, sekitar jam 9 pagi, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor telah menganjurkan ‘Seminar Pemerkasaan Aqidah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam’ dan ‘Bengkel Persada di Sekretariat ABIM Selangor’.

Seminar Pemerkasaan Aqidah yang dianjurkan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam menyaksikan Ybhg. Ustaz Mohd Naim Mohd Noor(Timbalan Presiden ABIM) tampil mengutarakan pandangan dan pencerahan sebelum wakil daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hadir memberikan penerangan kepada para hadirin.