MLL4S Lancar T-Shirt Kempen #SaveTheChildrenOfSyria - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

MLL4S Lancar T-Shirt Kempen #SaveTheChildrenOfSyria

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt) , yang berharga RM20 sahaja (tambah RM6 untuk kos pengeposan). Terdapat dalam saiz S-XXL, pesanan dan bayaran boleh dibuat melalui: MAYBANK: 5622-1820-7666 (GABUNGAN SALAM SYRIA). No. Telefon : 03-4141 6732 / 012-2409 173. 

Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria, sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria.

Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa.

Jumlah ini termasuklah 11,000 daripadanya kanak-kanak.

Mari kita berbakti untuk ummah: sekecil-kecil yang kita lakukan tapi besar dari pandangan ALLAH SWT, insya ALLAH. Teruskan membantu rakyat Syria. Sebar-sebarkan.

Layari FB Page berikut untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/MLL4S