Muktamar ABIM Sarawak Latih Kepimpinan Muda Hadapi Cabaran - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Muktamar ABIM Sarawak Latih Kepimpinan Muda Hadapi Cabaran

15-17 Jun 2012- ABIM Negeri Sarawak telah menganjurkan Muktamar Sanawi ke-33 mulai 15 Jun sehingga 17 Jun yang lalu.  Menurut jurucakap ABIM Sarawak Mahathir Fatimah, muktamar pada kali ini membuka peluang untuk ABIM mendedahkan barisan kepimpinan muda yang konsisten dari segi komitmen dan bersedia berhadapan dengan cabaran-cabaran lingkungan seperti arus liberalisasi dan masalah sosial masyarakat.

“Muktamar ini menawarkan ruang percubaan kepada kita untuk menguruskan organisasi dalam pelbagai kaedah untuk dijadikan panduan untuk ABIM menyediakan pengurusan yang boleh menyumbang untuk kebaikan Ummah,” jelas Mahathir Fatimah lagi yang sekali lagi ditanggungjawabkan selaku Setiausaha ABIM Sarawak.

Terdahulu, ABIM Sarawak dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Negeri Sarawak telah menganjurkan Seminar Sukarelawan Dakwah pada 16 Jun. Hadir merasmikan Muktamar ABIM Negeri Sarawak, Al-Fadhil Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, Timbalan Presiden ABIM.