Naib Presiden ABIM Sertai Seminar Regenerasi Umat Di Sabah

April 18, 2022
editor@abim

Naib Presiden ABIM Sertai Seminar Regenerasi Umat Di Sabah

26 Mac 2022: Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Ustaz Mohd Shazni Abdullah mewakili ABIM Pusat dalam Seminar Regenerasi Umat: Aspirasi Hikmah dalam Ntegrasi Perkembangan Teknologii, bersempena peluncuran sambutan ABIM Sabah Ke-40 tahun di Sabah Oriental Hotel.

Orang ramai perlu sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi atau menyemak hantaran dengan mengikuti langkah-langkah seperti yang digariskan oleh MCMC. Kata kunci ialah baca, fikir, semak baru bertindak sama ada untuk percaya atau berkongsi melalui media sosial.

Berita benar berdasarkan model tabayyun mengemukakan 4 langkah iaitu memerhati, meneliti, menentukan dan menyemak berita yang disebarkan. Model tabayyun yang dapat dirumuskan dari Surah al-Hujurat, ayat 6 and 12 meliputi keperluan kepada profil pembawa berita, bersangka baik pada berita yang jelas kesahihannya, bertenang ketika mendapat berita yang penuh dengan tanda tanya, dan mensahihkan berita setelah adanya bukti.

Model tabayyun telah dilihat digunapakai dalam Kempen Semak Status Hadith Sebelum Sebarkan dan Sebenarnya.my yang melaungkan Bukan Semuanya Benar di Internet, Tidak Pasti, Jangan Kongsi.

Melalui seminar ini, para peserta dijelaskan tentang kepentingan Pendidikan Al-Hikmah dalam era teknologi dan aplikasi Model Berita Benar dalam kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai berita dan maklumat yang perlu dinilai dan ditapis sebelum disebar dan diguna.


Layari www.sinarramadan.abim.org.my

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/infaqabim

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR