Pelawak Dan Penulis Lirik Berbakat, Bob Lokman Meninggal Dunia - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pelawak Dan Penulis Lirik Berbakat, Bob Lokman Meninggal Dunia

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah – pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu pada 23hb September 2022 lalu.

Almarhum Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, merupakan penulis lirik lebih 40 buah lagu termasuk ‘Taman Rashidah Utama’ nyanyian kumpulan Wings, ‘Isabella’ (Search), ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ (Datuk Nash) dan ‘Rendang Tak Berbuah’ (Datuk Hattan).

Beliau meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak. Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah