Pembinaan Watak Anak Hebat : Menelusuri Ibrah Al Quran Dalam Kisah Luqman Al Hakim. - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pembinaan Watak Anak Hebat : Menelusuri Ibrah Al Quran Dalam Kisah Luqman Al Hakim.

16 Februari 2018, Kota Kinabalu – Alhamdulillah. Slot 1 yang bertajuk Pembinaan Watak Anak Hebat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, Timb. Pengarah Akademi Latihan Kepimpinan Pendidikan Yayasan Takmir dan mantan Timbalan Presiden ABIM. Pengisian slot 1 menekankan tentang bagaimana membentuk watak seorang anak melalui peranan bapa, dan persekitarannya dengan menelusuri Ibrah Al Quran dalam kisah Luqman Al Hakim.

Program Siri Asuh Bimbing Didik Anak-Anak (SABDA) merupakan program tahunan Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM Sabah. Program SABDA Siri 6 kali ini adalah anjuran bersama Kementerian Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah dan HELWA ABIM Sabah yang diadakan di Auditorium JKKN Negeri Sabah, Kota Kinabalu.