Pengiktirafan Buat Cik Din YP

July 13, 2022
editor@abim

Pengiktirafan buat Cik Din YP. Terima kasih pada MHI TV3 yang sudi mengangkat Pak Cik Kamarudin Wahid, 77 tahun, yang terkenal dan tular dalam media sosial dengan gelaran ‘Cik Din YP’ bersama jentera retro miliknya Yamaha RD YP 250.

Beliau tampil dalam segmen ‘Otai Berjiwa Muda’.

Walau pengiktirafan ni mungkin nampak kecil pada sesetengah orang, tapi besar maknanya pada Cik Din YP dan rakan-rakan permotoran dalam perjuangkan hobi bermotorsikal yang lebih positif.

Datuk kepada 8 orang cucu dan 2 cicit itu kekal bertenaga setiap kali berkonvoi bersama rakannya menjelajahi negeri-negeri di bawah nama YP RD Club Malaysia.

Terkenal sebagai penunggang yang berdisiplin, dan tetap singgah ke surau atau masjid walau jauh berkonvoi. Beliau juga sering singgah ke rumah anak-anak yatim dan pusat tahfiz.

Semoga jadi contoh yang baik kepada anak-anak muda yang meminati hobi bermotosikal. Bersama kita saling menghormati semua pengguna jalan raya. Hobi, hobi juga, Akhirat jangan lupa ya!

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR