Persidangan Memperingati Shaykh Dr. Taha Jabir Alwani

October 27, 2017
editor-media

Alhamdulillah, dua aktivis helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ke Amerika Syarikat, membentangkan kertas kerja; iaitu Sdri. Fatin Nur Majdina (Exco ABIM Pusat dan Tutor di Universiti Malaya) serta Sdri. Hasliza Mohd. Ali (Ketua HELWA ABIM Tanjong Karang dan Pensyarah di UNISEL). Mereka mewakili ABIM dalam program “Renewal of Islamic Thought: Contemporary Issues (Conference in Honor of Shaykh Dr. Taha Jabir Alwani)”. Tajuk kertas kerja mereka ialah “An Analytical Study of Taha Jabir al Alwani’s Thoughts and Contributions on Islamic Movement: ABIM’s Experience”. Program berlangsung pada 23-24hb Oktober 2017, di International Institute of Islamic Thought (IIIT), Herndon, VA, Amerika Syarikat.                                                    

Terdahulu, mereka turut membuat kunjungan ziarah serta konsultansi bersama Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil (mantan Presiden ABIM dan WADAH); Ustaz Dr. Md Nur Manutty (mantan Presiden ABIM); Ustaz Dr. Kamil Majid (antara tokoh yang mengkaji pemikiran Dr Taha Jabir Alwani dalam penulisannya); serta Prof Madya Dr. Zulkifli Hasan (mantan Exco ABIM Pusat dan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM). Semoga banyak manfaatnya program ini, dalam memberi manfaat kepada gerakan dan Ummah. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR