Pian Cecupak meninggal dunia akibat serangan jantung 

February 10, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – Pelawak dan pengacara, Mohd Rafik Abdul Raman pada 26hb Januari 2022 (Rabu).

Almarhum yang lebih dikenali sebagai Pian Cecupak, 52, menghembuskan nafas terakhir dipercayai serangan jantung di kediaman ibunya di Taman Datuk Senu, Sentul. Terdahulu, bakat arwah Pian dicungkil menerusi program realiti popular, Sinaran Pasport Kegemilangan TV3 pada era 1990-an, sebelum menyertai kumpulan Cecupak.

Dikhabarkan beliau turut terlibat membangunkan sebuah pusat tahfiz.

Terdahulu, pelakon dan pelawak, Almarhum Nor Affendi Nurdin atau lebih dikenali sebagai Pak Lah Cecupak, 53, yang juga pernah bersama Almarhum Pian dalam kumpulan Cecupak, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada jam 11:07 pagi.

Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR