PIMPINAN ABIM ERATKAN SILATURRAHMI BERSAMA DEWAN DA’WAH ISLAMIYAH (DDI) INDONESIA KABUPATEN SAMBAS

June 16, 2022
editor@abim

PIMPINAN ABIM ERATKAN SILATURRAHMI BERSAMA DEWAN DA’WAH ISLAMIYAH (DDI) INDONESIA KABUPATEN SAMBAS

Alhamdulillah, pada 15-17hb Mei 2022, Sdra. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung ABIM) bersama 20 orang delegasi terdiri daripada perwakilan ABIM, PKPIM, Majlis Belia Malaysia, Dewan Perniagaan Islam Malaysia, ANGKASA, Kolej Dar al-Hikmah, ABIM Sabah, ABIM Sarawak, dan Global Peace Mission telah memenuhi undangan ke Program Silaturrahmi Akbar Da’i Dewan Da’wah se-Kalimantan Barat & Negeri Jiran di Hotel Pantura Jaya, Kabupaten Sambas, Indonesia.

Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Dewan Da’wah Islamiyah (DDI) Indonesia Kabupaten Sambas. Pengisian program juga diberikan oleh Drs. H. A. Munir Hamid, M.M. dan Dr. Hj. Imam Zamrozi M. A.

Perwakilan yang hadir berkesempatan untuk mendengar isu-isu nasional, ekonomi, sosial dan keagamaan yang menjadi fokus kepada DDI di Sambas.

Di samping itu, perwakilan juga berkesempatan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada beberapa permasalahan tersebut. Selain itu perwakilan juga mengambil masa untuk berkunjung ke beberapa tempat seperti di muzium persendirian, pusat kraftangan dan ke pejabat Majlis Ulama Indonesia di Kabupaten Sambas.

Lebih menarik apabila para perwakilan juga dijemput untuk beraya ke rumah Bupate Sambas untuk merampatkan lagi silaturahmi antara perwakilan Malaysia dan Kabupaten Sambas.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR