Pimpinan WAP Pulau Pinang Buat Kunjungan Hormat Dengan Kerajaan Pulau Pinang - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pimpinan WAP Pulau Pinang Buat Kunjungan Hormat Dengan Kerajaan Pulau Pinang

3hb Julai 2017: Alhamdulillah, Yang Dipertua ABIM Pulau Pinang, Sdr. Mohd Tabi’in Sahri turut serta mengiringi Pengerusi WADAH Pulau Pinang, Prof Kamarul Azizi Ibrahim, dan Mudir Madrasah Uthmaniah ABIM, Ustaz Mohamad Fadzil Alias, mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Abdul Malik Kassim, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, di pejabat beliau tingkat 53, KOMTAR. . Turut bersama Setiausaha WADAH, Tuan Haji Muhamad Zaki Haji Rafiee, dan Dr. Ahmad Majid. . Kemudian, mereka mengadakan pertemuan bersama YB Dr Afif Bin Bahardin, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan. . Pertemuan dan perbincangan yang signifikan dan bermakna. Moga banyak manfaatnya untuk Ummah, in sya ALLAH. .