Program Bantuan Pek Makanan Islamic Outreach ABIM Kelantan Ke Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan

March 6, 2022
editor@abim

Program Bantuan Pek Makanan Islamic Outreach ABIM Kelantan Ke Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan

Alhamdulillah, pada 24hb Februari 2022 (Khamis), Islamic Outreach ABIM (IOA) Kelantan telah menggerakkan bantuan ke Pos Simpor, Gua Musang kepada 28 buah keluarga. Namun, skuad IOA Kelantan hanya dapat menghantar sampai di Pos Tohoi kerana jambatan laluan ke Pos Simpor runtuh.

Pada tarikh yang sama juga, Pusat Latihan ABIM (PULABIM) Kubang Kerian telah menyerahkan beberapa set tilam kepada Madrasah Pengajian Islam (MPI) Islamic Outreach ABIM (IOA) Kelantan bertempat di PULABIM Kubang Kerian. Penyerahan tilam dan bantal ini adalah bagi menambahkan keselesaan bagi bilik rehat dan rawat MPI IOA Kelantan. Pihak IOA Kelantan telah diwakili oleh Sdr. Rahim.

Kemudian, pada 1hb Mac 2022, pengagihan bantuan makanan kering (air kotak, mi segera, roti dan air mineral) telah dibuat kepada kepada Saudara Baru di bawah seliaan IOA Kelantan. Seramai 80 buah keluarga yang terkesan akibat banjir di kawasan Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Sesudah temuramah dengan Saudara Baru di PPS Gual Tinggi Rantau Panjang, airnya datang dengan cepat dan tidak dijangka hujan lebat. Dua hari saja sudah tenggelam rumah, mereka merasakan kali ini lebih teruk daripada banjir 2014.
Hampir keseluruhan penduduk Rantau Panjang ditenggelami air khususnya Saudara Baru di bawah seliaan IOAK (28 buah rumah). Paras air sampai ke bumbung rumah.

Mereka menyatakan hampir semua barang isi rumah sudah musnah seperti tv, peti sejuk, pakaian-pakaian dan lain-lain (yang tinggal sehelai sepinggang) dan ada yang OKU dalam penghuni rumah Saudara Baru menerima musibah banjir pada kali ini.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR